Wednesday, April 22, 2020

Sains Ting. 3: PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN

Transpirasi ialah proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari permukaan daun ke udara secara penyejatan.


Daun merupakan tempat berlakunya kehilangan air yang banyak melalui proses transpirasi.

Soalan:

 1. Berikan definisi transpirasi.
2. Nyatakan proses yang dilakukan oleh tumbuhan semasa menyingkirkan air melalui daun.
3. Air disingkir daripada tumbuhan melalui ______________.








Sel daun disaluti oleh epidermis bawah dan epidermis atas.

Sel epidermis merembeskan kutikel berlilin yang menyaluti permukaan luar daun untuk mengurangkan kehilangan air semasa transpirasi.

Semasa proses fotosintesis, stoma akan terbuka seperti dalam rajah berikut.



Selain kehilangan air daripada proses transpirasi, air juga hilang daripada tumbuhan melalui pelembakan atau gutasi.



Dalam proses gutasi atau pelambakan, air hilang melalui hidatod yang sentiasa terbuka pada pinggir daun.

Proses gutasi selalunya berlaku pada waktu malam

Soalan:

1. Apakah yang menyaluti permukaan daun?
2. Apakah yang berlaku kepada liang stoma apabila tumbuhan menjalani proses fotosintesis?
3. Selain proses transpirasi, air juga hilang daripada tumbuhan melalui proses ____________.
4. Mengapakah liang stoma tertutup?


Proses transpirasi dipengaruhi oleh beberapa faktor.



1. Peningkatan keamatan cahaya meningkatkan kadar transpirasi.
2. Peningkatan kelembapan udara terhadap menurunkan kadar transpirasi.
3. Peningkatan pergerakan udara meningkatkan kadar transpirasi.
4. Peningkatan suhu meningkatkan kadar transpirasi.

Soalan:

1. Air akan lebih banyak kehilangan daripada tumbuhan apabila _______________ meningkat, ________________ meningkat, dan ________________ meningkat.
2. Air akan kurang hilang daripada tumbuhan apabila _______________ menurun.




No comments:

Post a Comment