Monday, May 18, 2020

Biologi Ting. 5: Hormon Tumbuhan

Hormon tumbuhan terlibat dalam pertumbuhan dan gerak balas pada tumbuhan. Terdapat LIMA jenis hormon dalam tumbuhan;


Setiap hormon tumbuhan tersebut mempunyai fungsi tersendiri.






Hormon auksin juga memainkan peranan penting dalam gerak balas tumbuhan iaitu fototropisme dan geotropisme. Masihkah anda ingat kedua-dua gerak balas tersebut?

Mari jawab soalan dibawah untuk mengingati semula. Anda boleh merujuk nota pdf yang cikgu telah upload dalam Google Classroom (masuk ke Classwork).

Sunday, May 17, 2020

Sains Bab 5: Inersia

Dalam kelas lalu, anda telah belajar tentang inersia. Sila tonton video di bawah untuk mengingati semula tentang inertia.

 

Daripada video di atas, kamu mengetahui bahawa inersia ialah sifat sesuatu jasad tersebut yang cenderung untuk menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada jasad tersebut dalam keadaan rehatm (pegun/ statik) atau sedang bergerak.


Selain itu, inersia juga dipengaruhi oleh jisim. Objek yang mempunyai jisim yang lebih besar mempunyai inersia yang lebih besar. Sila lihat contoh dalam video di bawah.


 

Dalam video tersebut, bata yang lebih kecil lebih senang digerakkan berbanding bata yang lebih besar. Ini disebabkan bata yang lebih besar mempunyai jisim yang lebih besar, maka "keinginan" bata tersebut untuk kekal di keadaan asalnya lebih tinggi.

Inersia juga boleh mempengaruhi kehidupan secara negatif, terutama sekali daripada segi keselamatan kenderaan. Sila lihat gambar-gambar di bawah.



Sila beri pendapat anda tentang bagaimana inersia memainkan peranan dalam kemalangan jalan raya.


AKTIVITI:

Projek: Inersia dalam Kehidupan

Arahan: Rakam sebuah video berdurasi 1 minit tentang fenomena inersia di sekeliling anda. 

Anda boleh melakukan eksperimen/ aktiviti mudah untuk membuktikan fenomena inersia. Contohnya, rakam video anda menyentap kain seperti di bawah.

 

Terdapat banyak aktiviti menarik tentang inersia yang anda boleh lakukan di rumah. Sila rujuk sumber yang ada, atau guna idea anda sendiri untuk membuktikan dengan rakan tentang fenomena inersia.

Video boleh dirakam dengan menggunakan smartphone anda. Setelah siap rakam, upload video tersebut ke group Telegram Sains. Pastikan anda mengambil video pada setting yang rendah untuk memastikan saiz video tidak terlalu besar.

Tempoh: 18 Mei - 21 Mei 2020

Objektif Tugasan: 

1. Pelajar dapat mengambil video dan menyunting video menggunakan sumber yang ada (smartphone, laptop, tablet, etc).
2. Pelajar dapat muatnaik video tersebut ke group Telegram.
3. Pelajar dapat membuat aktiviti inersia dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain.
4. Menggalakkan komunikasi dan kerjasama antara pelajar dan guru.

Selamat mencuba.

Wednesday, May 13, 2020

Biologi Ting 5: Penyalahgunaan Dadah

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA MANUSIA
Image by Waewkidja

Dadah ialah bahan kimia yang boleh mengubah fungsi badan dan kelakuan seseorang. Selain itu, dadah juga mempunyai kegunaan yang meluas dalam bidang perubatan, di mana dadah digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit. 

Sila jawab soalan di bawah.

Adakah anda mengetahui bahawa alkohol juga memberi kesan yang sama seperti dadah? Kedua-dua dadah dan alkolhol boleh menyebabkan ketagihan dan menjejaskan fungsi sistem. Penyalahgunaan dadah dan alkohol boleh menimbulkan masalah yang serius dalam masyarakat.


Memandu dalam keadaan pengaruh alkohol membahayakan nyawa sendiri dan nyawa orang lain


Ketagihan dadah merosakkan individu-individu sihat

Terdapat pelbagai contoh situasi pengaruh negatif dadah dan alkohol kepada masyarakat yang anda boleh kaji daripada internet. Anda digalakkan untuk mengkaji juga sebab-sebab yang mendorong kepada penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat. Adakah masalah kewangan, masalah keluarga, masalah mencari pekerjaan dan sebagainya menyebabkan sesetengah individu menggunakan dadah secara tidak beretika?

Image by Macrovector

Untuk kelas hari ini, anda diminta untuk menyiapkan satu tugasan dalam kumpulan 4 atau 5 orang. Penggunaan Telegram, Whatsapp, email dan Google Classroom digalakkan dalam proses perbincangan kumpulan anda.

Anda diminta untuk membuat satu infografik mengenai:

A) kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol terhadap sistem saraf
B) faktor sosial yang menyumbang ke arah penyalahgunaan dadah dan alkohol

Bahan: Bebas (anda boleh menggunakan perisian Powerpoint, perisian Microsoft Word, sebarang app android yang anda selesa, menggunakan kertas)

Langkah-langkah:

1. Lantik ketua. Rancang siapa tukang cari maklumat, tukang susun maklumat, dan tukang desain poster.

2. Kumpul maklumat daripada sumber-sumber yang kamu ada (internet, surat khabar, majalah, ibu bapa, buku teks, buku rujukan, dan sebagainya). Link yang disertakan boleh digunakan untuk membantu anda. Anda juga boleh mencari sumber sendiri.

3. Bina rangka maklumat penting yang kamu ingin guna, termasuk rancang posisi imej yang kamu ingin lekat/lukis.

Contoh 1

Contoh 2

4. Bina infografik anda.

Contoh infografik yang dibina dengan menggunakan powerpoint.

Infografik anda bergantung kepada maklumat yang tepat dan padat, selain bergantung dengan kreativiti masing-masing. Anda boleh menggunakan sebarang perisian untuk menyiapkan poster anda. Jika tiada laptop atau smartphone anda tidak mempunyai kapasiti kuat, anda boleh membina poster secara manual atas kertas A4 (lukis dan tulis sendiri, kemudian ambil gambar poster dengan menggunakan smartphone anda).

*Tips: Infografik bergantung banyak kepada gambar. Jadi, anda boleh mencari gambar di Google, ataupun lukis sendiri bagi memastikan poster anda menarik.*
5. Hantar kepada guru dalam bentuk imej, upload ke group Telegram.

Tempoh tugasan infografik:
15 Mei - 17 Mei 2020

Objektif yang perlu dicapai pelajar sepanjang tugasan:

1. Dapat mencari maklumat sahih daripada internet.
2. Dapat bekerjasama dengan rakan dan guru secara talian.
3. Dapat merancang dan menyusun maklumat yang dikumpul.
4. Dapat siapkan infografik.

Selamat menyiapkan tugasan.

Bab 5: Mutasi (Penyakit Gangguan Gen)


Kaedah Amniosentesis

Amniosentesis digunakan untuk mengesan keabnormalan sel fetus pada minggu ke-15 hingga ke-20 kehamilan. Pada mulanya, kedudukan fetus di dalam uterus dikenal pasti menggunakan sinar ultrabunyi untuk memastikan kedudukan fetus yang selamat.


Sila jawab soalan di bawah. Rujuk buku teks Sains tingkatan 4, muka surat 96. 




Kaedah Kariotip



Sila jawab soalan di bawah. Rujuk buku teks Sains tingkatan 4, muka surat 97.



Selamat menjawab~

Sunday, May 3, 2020

Sains ting. 5: Gerakan (Konsep Laju, Halaju dan Pecutan)


Penentuan Halaju dan Objek yang Bergerak

Halaju dan pecutan objek bergerak dapat ditentukan melalui aktiviti yang menggunakan jangka masa detik. Jangka masa detik mencetak titik-titik di atas pita detik pada kadar yang seragam (setiap detik ke-15 dalam sesaat).




Setiap pita detik yang ditarik melalui jangka masa detik akan mempunyai 50 detik.


Melalui eksperimen yang menggunakan tanjakan dan troli, kita boleh mendapatkan pita detik yang mempunyai jarak detik yang berlainan. Contohnya, apabila kita menggerakkan troli menuruni tanjakan yang tinggi, kita akan mendapatkan keputusan pita detik seperti berikut;


Jarak yang jauh di antara detik menunjukkan pergerakan yang laju.

Jika troli menuruni tanjakan yang lebih rendah, pita detik yang dihasilkan adalah seperti berikut;


Jarak yang lebih dekat antara detik menunjukkan pergerakan yang lambat.

Berikut menunjukkan video di mana eksperimen pita detik dijalankan dan bagaimana pergerakan dianalisis menggunakan pita detik.



Cara Membaca Pita Detik



Setiap 1 detik bermaksud 0.02 saat (tidak kira jauh atau dekat jarak detik). Dalam gambarajah di atas, terdapat 4 ruang di antara setiap pita detik. Maka, masa untuk pita detik di atas ialah 4 x 0.02 s = 0.08 s.