Wednesday, May 13, 2020

Biologi Ting 5: Penyalahgunaan Dadah

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA MANUSIA
Image by Waewkidja

Dadah ialah bahan kimia yang boleh mengubah fungsi badan dan kelakuan seseorang. Selain itu, dadah juga mempunyai kegunaan yang meluas dalam bidang perubatan, di mana dadah digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit. 

Sila jawab soalan di bawah.

Adakah anda mengetahui bahawa alkohol juga memberi kesan yang sama seperti dadah? Kedua-dua dadah dan alkolhol boleh menyebabkan ketagihan dan menjejaskan fungsi sistem. Penyalahgunaan dadah dan alkohol boleh menimbulkan masalah yang serius dalam masyarakat.


Memandu dalam keadaan pengaruh alkohol membahayakan nyawa sendiri dan nyawa orang lain


Ketagihan dadah merosakkan individu-individu sihat

Terdapat pelbagai contoh situasi pengaruh negatif dadah dan alkohol kepada masyarakat yang anda boleh kaji daripada internet. Anda digalakkan untuk mengkaji juga sebab-sebab yang mendorong kepada penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat. Adakah masalah kewangan, masalah keluarga, masalah mencari pekerjaan dan sebagainya menyebabkan sesetengah individu menggunakan dadah secara tidak beretika?

Image by Macrovector

Untuk kelas hari ini, anda diminta untuk menyiapkan satu tugasan dalam kumpulan 4 atau 5 orang. Penggunaan Telegram, Whatsapp, email dan Google Classroom digalakkan dalam proses perbincangan kumpulan anda.

Anda diminta untuk membuat satu infografik mengenai:

A) kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol terhadap sistem saraf
B) faktor sosial yang menyumbang ke arah penyalahgunaan dadah dan alkohol

Bahan: Bebas (anda boleh menggunakan perisian Powerpoint, perisian Microsoft Word, sebarang app android yang anda selesa, menggunakan kertas)

Langkah-langkah:

1. Lantik ketua. Rancang siapa tukang cari maklumat, tukang susun maklumat, dan tukang desain poster.

2. Kumpul maklumat daripada sumber-sumber yang kamu ada (internet, surat khabar, majalah, ibu bapa, buku teks, buku rujukan, dan sebagainya). Link yang disertakan boleh digunakan untuk membantu anda. Anda juga boleh mencari sumber sendiri.

3. Bina rangka maklumat penting yang kamu ingin guna, termasuk rancang posisi imej yang kamu ingin lekat/lukis.

Contoh 1

Contoh 2

4. Bina infografik anda.

Contoh infografik yang dibina dengan menggunakan powerpoint.

Infografik anda bergantung kepada maklumat yang tepat dan padat, selain bergantung dengan kreativiti masing-masing. Anda boleh menggunakan sebarang perisian untuk menyiapkan poster anda. Jika tiada laptop atau smartphone anda tidak mempunyai kapasiti kuat, anda boleh membina poster secara manual atas kertas A4 (lukis dan tulis sendiri, kemudian ambil gambar poster dengan menggunakan smartphone anda).

*Tips: Infografik bergantung banyak kepada gambar. Jadi, anda boleh mencari gambar di Google, ataupun lukis sendiri bagi memastikan poster anda menarik.*
5. Hantar kepada guru dalam bentuk imej, upload ke group Telegram.

Tempoh tugasan infografik:
15 Mei - 17 Mei 2020

Objektif yang perlu dicapai pelajar sepanjang tugasan:

1. Dapat mencari maklumat sahih daripada internet.
2. Dapat bekerjasama dengan rakan dan guru secara talian.
3. Dapat merancang dan menyusun maklumat yang dikumpul.
4. Dapat siapkan infografik.

Selamat menyiapkan tugasan.

No comments:

Post a Comment