Dalam kelas lalu, anda telah belajar tentang inersia. Sila tonton video di bawah untuk mengingati semula tentang inertia.
Daripada video di atas, kamu mengetahui bahawa inersia ialah sifat sesuatu jasad tersebut yang cenderung untuk menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada jasad tersebut dalam keadaan rehatm (pegun/ statik) atau sedang bergerak.
Selain itu, inersia juga dipengaruhi oleh jisim. Objek yang mempunyai jisim yang lebih besar mempunyai inersia yang lebih besar. Sila lihat contoh dalam video di bawah.
Dalam video tersebut, bata yang lebih kecil lebih senang digerakkan berbanding bata yang lebih besar. Ini disebabkan bata yang lebih besar mempunyai jisim yang lebih besar, maka "keinginan" bata tersebut untuk kekal di keadaan asalnya lebih tinggi.
Inersia juga boleh mempengaruhi kehidupan secara negatif, terutama sekali daripada segi keselamatan kenderaan. Sila lihat gambar-gambar di bawah.
Sila beri pendapat anda tentang bagaimana inersia memainkan peranan dalam kemalangan jalan raya.
AKTIVITI:
Projek: Inersia dalam Kehidupan
Arahan: Rakam sebuah video berdurasi 1 minit tentang fenomena inersia di sekeliling anda.
Anda boleh melakukan eksperimen/ aktiviti mudah untuk membuktikan fenomena inersia. Contohnya, rakam video anda menyentap kain seperti di bawah.
Terdapat banyak aktiviti menarik tentang inersia yang anda boleh lakukan di rumah. Sila rujuk sumber yang ada, atau guna idea anda sendiri untuk membuktikan dengan rakan tentang fenomena inersia.
Video boleh dirakam dengan menggunakan smartphone anda. Setelah siap rakam, upload video tersebut ke group Telegram Sains. Pastikan anda mengambil video pada setting yang rendah untuk memastikan saiz video tidak terlalu besar.
Tempoh: 18 Mei - 21 Mei 2020
Objektif Tugasan:
1. Pelajar dapat mengambil video dan menyunting video menggunakan sumber yang ada (smartphone, laptop, tablet, etc).
2. Pelajar dapat muatnaik video tersebut ke group Telegram.
3. Pelajar dapat membuat aktiviti inersia dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain.
4. Menggalakkan komunikasi dan kerjasama antara pelajar dan guru.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment